Tuesday, December 1, 2009

Khidmat Nurseri di PASTI Barokah,Slim River

InsyaAllah,pada tahun 2010, PASTI Al-Barokah Slim River akan menyediakan khidmat nurseri atau penjagaan kanak-kanak selepas waktu kelas biasa. Terbuka juga kepada bukan murid PASTI.Tempat adalah terhad!Kepada ibubapa yang berminat untuk menghantar anak ke PASTI dan nurseri, sila hubungi 013-6415944 atau 013-2369212.

Kursus untuk guru PASTI

PASTI Negeri Perak akan mengadakan Kursus Asas Perguruan Siri 1 dan 2 pada 3-6 Dis 2009 bertempat di SRATI, Ipoh. Semua guru baru akan mengikuti kursus siri 1 manakala guru yang telah mengikuti siri 1 pada tahun lepas akan mengikuti kursus siri 2.Kursus bertujuan memberi pendedahan tentang matlamat pendidikan PASTI dan kaedah P&P yang efektif.

PASTI Perak juga akan mengadakan Kursus Teknik Mengajar Al-Quran cara Al-Baghdadi pada 16 Dis 2009 untuk Zon Tengah.Semua guru PASTI diwajibkan hadir.Bertempat di Markaz PAS Padang Tembak,Teluk Intan.Semoga guru-guru mendapat manfaat untuk kemajuan anak-anak murid PASTI Tanjung Malim.Amin.

Wednesday, October 28, 2009

Pendaftaran Murid Baru 2010.Daftarlah segera!


Pendaftaran PASTI telah bermula. Pastikan anak-anak anda mendapat tempat di PASTI.Hubungi PASTI berdekatan untuk makluman tentang yuran dan borang pendaftran.



Monday, July 27, 2009

PASTI AL-ANSAR dan AL-MAWADDAH JOHAN BERSAMA

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Hari Ihtifal PASTI 2009. Peserta Ihtifal pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan prestasi persembahan dan kelancaran. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar disertai dengan acara HARI TERBUKA PASTI AL-HILAL.Tahniah juga diucapkan kepada PASTI Al-Ansar,Sungkai dan Al-Mawaddah, Behrang 2020 kerana telah berjaya merangkul banyak tempat seterusnya menjadi Johan Keseluruhan Bersama.Terima kasih kepada semua petugas,guru-guru dan ahli-ahli PAS cawangan Besout yang telah bertungkus lumus menjayakan HARI IHTIFAL kali ini. InsyaAllah, keputusan penuh akan dimasukkan dalam blog tak lama lagi.

Thursday, July 23, 2009

HARI IHTIFAL PASTI 2009

PASTI Kawasan Tanjung Malim akan mengadakan Majlis Ihtifal pada 26 Julai 2009 (Ahad) bertempat di Dewan Serbaguna Felda Gunung Besout 3.Majlis akan bermula jam 8.30 pagi.Antara acara murid-murid PASTI yang akan dipertandingkan ialah pertandingan mewarna,azan,nasyid,sajak,hafazan dan bercerita. Semua ibu bapa, dan penduduk Tanjung Malim dijemput hadir.

Friday, June 19, 2009

Pengarah PASTI Perak kekal

Tahniah diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Hasan kerana telah dilantik semula untuk menjadi Pengarah PASTI Negeri Perak bagi sesi 2009/2011. Semoga PASTI terus cemerlang dibawah kepimpinan beliau.

Sunday, May 31, 2009

PASTI TG MALIM MELANGKAH KE ERA BLOG

PASTI Tg Malim sedang melangkah ke era penyebaran maklumat yang lebih cepat melalui laman blog. Semoga usaha ini dapat mempromosikan PASTI Tg Malim kepada penduduk setempat dengan lebih baik.Sebarang cadangan dan pandangan tentang PASTI boleh disampaikan melalui laman PASTI UNTUK SEMUA atau emel kan ke ibniabuzar@yahoo.com