Monday, February 13, 2012

Program Indahnya Ilmu Majlis Guru PASTI


Demo buat mini coklat

Cuba sendiri
Sebahagian Guru yang hadir.Syabas!

Majlis Guru PASTI Kawasan Tanjung Malim sudah mula mengorak langkah mantap untuk tahun 2012 ini apabila telah pun berjaya mengadakan beberapa kali sesi perjumpaan dan usrah. Baru-baru ini, pada 11 Feb 2012, bertempat di PASTI Mawaddah, satu lagi program telah diadakan iaitu Program Indahnya Ilmu yang bertujuan menyemai semangat cintakan ilmu dan mengeratkan ukhuwwah antara semua guru dan juga pembantu guru. Program pada waktu pagi diisi dengan slot tazkirah,taklimat oleh Pengerusi PASTI Kawasan,Sesi membuat mini coklat dan sesi membuat Bahan Bantu Mengajar manakala pada sesi petang pula diadakan kelas Al-Quran.Tahniah MGP Kawasan Tanjung Malim.