Thursday, August 15, 2013

Sumbangan Hari Raya Tanda Kebersamaan Mendepani Perjuangan - Ketua Pemuda

Pada 3 Ogos yang lalu, Pasti Kawasan Tanjung Malim telah mengadakan Majlis Serahan Sumbangan Hari Raya kepada guru-guru dan pembantu Pasti di kawasan Tanjung Malim.

Majlis diadakan di Pasti Mawaddah, Behrang 2020. Sekitar jam 6.50 petang, semua jemputan telah memenuhi ruang legar Pasti Mawaddah untuk menjayakan majlis.

Majlis bermula dengan bacaan Tahlil, Iftar, Solat Maghrib berjamaah dan penyampaian sumbangan hari raya kepada guru dan pembantu Pasti.

Terima kasih kepada ketua Pemuda Pas Tg Malim Sdr Junaidin Yusop kerana sudi menyampaikan sumbangan dan memberikan tawjihad kepada hadirin.

Turut hadir, Us Azhari Yahaya Pengarah Pasti Perak, pengurus-pengurus Pasti serta keluarga masing-masing.

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan dokongan menjayakan majlis tersebut.