Sunday, December 30, 2012

Mesyuarat Pasti Kawasan Tg Malim Kali Pertama sesi 2013

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 6 januari 2013
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Pejabat Pas Kawasan

Penglibatan :
1. AJK Pasti Kawasan
2. Pengurus-pengurus unit
3. Guru-guru Pasti

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan minit & perkara berbangkit
3. Penstrukturan Organisasi
4. Takwim tahunan
5. Perbekalan Pasti
6. Hal-hal lain

**makan tengah hari disediakan.

Monday, October 15, 2012

Majlis Konvokesyen 2012

Majlis Konvokesyen Pasti
Kawasan Tanjung Malim 2012

Tarikh :
11 November 2012

Hari :
Ahad

Masa :
8.30 pagi

Tempat :
Dewan JKKK Pekan Trolak

Semua dijemput hadir memeriahkan majlis

Tuesday, October 9, 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Kali ke- 11 sesi 2011-13

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 10 Oktober 2012
Hari ; Rabu
Masa : 8.40 malam
Tempat : Pejabat Pas Kawasan
Agenda : Rujuk surat jemputan

Semua AJK, Pengurus Unit, Pengerusi MGP dan wakil guru dijemput hadir

Wednesday, September 12, 2012

Pasti Mawaddah Johan Keseluruhan Alam Ria Pasti Tg Malim 2012

Pasti Kawasan Tg Malim telah berjaya mengadakan Ihtifal Alam Ria Pasti bagi tahun 2012 pada 1 September, bertempat di Felda Residence Trolak.

Pasti Mawaddah telah muncul sebagai pemenang keseluruhan kerana memenagi kebanyakan acara yang dipertandingkan.

Tahniah..
Ust Azhari menyampaikan ucapan alu-aluan




YDP dan Ketua Pemuda sedang menunggu giliran berucap 


Wednesday, August 29, 2012

Alam Ria Pasti 2012


Pasti Kawasan Tg Malim akan mengadakan majlis tersebut pada:

Tarikh :
1 September 2012

Hari :
Sabtu

Masa :
8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Tempat :
Trolak Residence

Semua dijemput hadir

Sunday, July 15, 2012

Seronoknya Orang-orang Beriman Menyambut Ramadhan

Bagi orang-orang yang beriman, kedatangan Ramadhan memang dinantikan. Hal ini demikian kerana begitu besarnya pahala yang ditawarkan. Sesuai dengan hadis Nabi Saw, 'Sekiranya ummatku tahu kelebihan Ramadhan, nescaya semua bulan diminta jadikan bulan Ramadhan. Itulah bunyi peringatan yang disampaikan oleh Ustaz Anuar sempena ceramahnya yang bertajuk di ambang Ramadhan yang dibuat di perkarangan Pasti Ehsaniah.


Turut memberi ucapan, Tn Hj Aminuddin Zulkipli selaku YDP Pas kawasan Tg Malim. Turut kelihatan, Pengarah Pasti Perak, pengurus-pengurus unit Pasti, guru-guru para ahli dan penyokong.

Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam. Terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini.

 YDP Tn Hj Aminuddin Zulkipli turut bergotong-royong persiapan ceramah

Ust Anuar mengimami Solat Isyak sebelum berlangsungnya ceramah 

Ust Anuar sedang berceramah

Tuesday, July 3, 2012

Mesyuarat Program Alam Ria Pasti

Tarikh : 4 Julai 12
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pejabat dpptm

Friday, June 29, 2012

Animasi Muzikal 3D Pasti

Pasti mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki DVD Animasi Muzikal Pasti dengan harga istimewa. Harga tawaran terkini RM 15.00 sahaja.

Berminat, boleh hubungi pasti yang terdekat di tempat anda atau hubungi talian 019-3085351.

Cepat, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Promosi DVD Animasi Muzikal Pasti


Tuesday, June 26, 2012

Mesyuarat Pasti Kawasan Tg Malim kali ke 10 ssesi 2011/13

Tarikh : 27 jun 2012
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pejabat dpptm

Semua pengurus unit dan guru pasti dijemput.

Friday, March 23, 2012

Hari Ukhuwwah PASTI Kawasan Tanjung Malim dan PASTI Perak

Hari ini dalam sejarah PASTI

Utz Ismail : Pengurus Acara yg gigih

Comelnya

Sdr Nasir bersama Timbalan Pengarah PASTI Perak

Acara rebut kerusi

Utzh Suhana : Ketua MGP Kawasan yg baru
Alhamdulillah , Hari Ukhuwwah PASTI Kawasan Tg.Malim dan Hari Ukhuwwah PASTI Perak berjaya dijalankan pada 17 Mac 2012 di Pasir Puteh Resort, Kalumpang.Program dirasmikan oleh Tn Hj Hassan bin Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia dan turut dihadiri oleh Pengarah PASTI Perak , Cikgu Azhari bin Yahya, barisan ALP Perak dan MGP Perak.Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan HATI 2012.

Sunday, March 11, 2012

Peta ke Pasir Puteh Resort, Kalumpang

Selamat Datang Kepada Semua Warga Penggerak PASTI Negeri (ALP/MGP) dan warga penggerak PASTI Kawasan Tanjung Malim ke Hari Ukhuwwah PASTI 2012.

Friday, March 2, 2012

HARI UKHUWWAH PASTI PERAK (HATI 2012)


PASTI Kawasan Tanjung Malim amat mengalu-alukan kehadiran kesemua ALP Pasti Perak, Pengerusi PASTI  Kawasan seluruh Perak,AJK Majlis Guru PASTI Negeri Perak dan kesemua warga penggerak dan guru PASTI Kawasan Tanjung Malim ke HARI UKHUWWAH PASTI PERAK yang akan diadakan pada 17 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Pasir Puteh Resort, Kalumpang. Maklumat dan gambar tempat program akan cuba dipaparkan dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Tuesday, February 21, 2012

Tahniah kepada Pengerusi PASTI Kawasan Tg.Malim yang baru.

PASTI Kawasan Tanjung Malim mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada al-fadhil Ustaz Abdul Ghani Ibrahim atas perlantikan beliau sebagai pengerusi PASTI Kawasan Tanjung Malim yang baru menggantikan Sdr Azahari Yahya yang telah dilantik sebagai Pengarah PASTI Perak.Semoga PASTI Kawasan Tanjung Malim akan terus cemerlang di bawah kepimpinan beliau.

Monday, February 13, 2012

Program Indahnya Ilmu Majlis Guru PASTI


Demo buat mini coklat

Cuba sendiri
Sebahagian Guru yang hadir.Syabas!

Majlis Guru PASTI Kawasan Tanjung Malim sudah mula mengorak langkah mantap untuk tahun 2012 ini apabila telah pun berjaya mengadakan beberapa kali sesi perjumpaan dan usrah. Baru-baru ini, pada 11 Feb 2012, bertempat di PASTI Mawaddah, satu lagi program telah diadakan iaitu Program Indahnya Ilmu yang bertujuan menyemai semangat cintakan ilmu dan mengeratkan ukhuwwah antara semua guru dan juga pembantu guru. Program pada waktu pagi diisi dengan slot tazkirah,taklimat oleh Pengerusi PASTI Kawasan,Sesi membuat mini coklat dan sesi membuat Bahan Bantu Mengajar manakala pada sesi petang pula diadakan kelas Al-Quran.Tahniah MGP Kawasan Tanjung Malim.

Wednesday, February 1, 2012

Anak-anak Soleh PASTI Al-Falah

Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Amin.

Sunday, January 22, 2012

Kursus Asas Perguruan PASTI Siri 2 dan Kursus Sijil Perguruan PASTI Siri 2

Guru PASTI Al-Falah di KAPP 2

Guru PASTI Al-Hilal di KAPP 2

Guru PASTI Ehsaniah, Kg Rasau dan PASTI Barokah,Slim River di KSPP 2

Thursday, January 19, 2012

Murid dan Guru PASTI Ehsaniah 2012, Kg.Rasau

Tahniah kepada PASTI Ehsaniah di atas pertambahan pelajar dan keceriaan PASTI. Semoga PASTI Ehsaniah terus cemerlang!

Monday, January 16, 2012

Takziah kepada keluarga Guru PASTI dari Johor

PASTI Kawasan Tanjung Malim mengucapkan takziah kepada ahli keluarga seorang guru PASTI yang telah meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Simpang Renggam, Johor.Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan juga mendoakan semoga seorang lagi guru PASTI lain yg sedang kritikal selamat dan cepat sembuh dari kecederaan.Kepada Allah kita berserah.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7594-5-guru-pasti-kemalangan-seorang-meninggal-dunia

Saturday, January 14, 2012

Kursus Asas Perguruan Siri 2 & Kursus Sijil Perguruan PASTI Siri 2

Bahagian Latihan PASTI Negeri Perak akan mengadakan Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) Siri 2 dan Kursus Sijil Perguruan PASTI (KSPP) Siri 2 seperti berikut:
                              Tarikh : 20 - 23 Januari 2012 
                              Hari    : Jumaat hingga Isnin
                              Tempat : Kompleks PAKAT , Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar
                              Waktu pendaftaran : 4- 6 petang (Jumaat)     
                              Waktu tamat : 1.30 tghari (Isnin)
                              Kuliah pertama : 8 mlm (Jumaat)
                              Yuran : RM 120 / peserta 
                                           (ditanggung oleh PASTI Unit masing-masing)
Guru yang layak menghadiri KAPP Siri 2 ialah :
1) Guru yang telah mengikuti KAPP siri 1 atau..
2) Guru baru yang belum pernah mengikuti sebarang kursus anjuran negeri.

Guru yang layak menghadiri KSPP Siri 2 ialah:
1) Guru yang telah tamat KAPP Siri 1 & KAPP Siri 2

Mana-mana guru yang dapat menghadiri kursus di atas sila daftarkan nama anda kepada Utzh Khuzaimah (019-6752120).

Friday, January 13, 2012

Semangat baru 2012 PASTI Al-Hilal, Felda Besout 2

Guru - guru PASTI dan murid PASTI Al-Hilal bersemangat meneruskan perjuangan menuntut ilmu.Semoga semangat dan kegigihan Almarhumah Utzh Aminah dapat dicontohi sepanjang masa.

Tuesday, January 3, 2012

Hari pertama di PASTI Al-Falah.Meriah dan penuh berkat.

Nampak dah mula gembira

Bangun 6 pagi...Mandi , Solat Subuh.....

Allah itu Satu.

Utzh Su melayan karenah anak-anak murid

Kita baca doa dulu

Memang berselera betul anak-anak murid ni.Sampai 3 kali tambah!Mantap!
Menyaksikan hari pertama di PASTI Al-Falah, Taman Sekiah Makmur, memang cukup menyentuh hati. Pelbagai ragam anak-anak yang masih baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ada yang menangis, menjerit,nak balik dan sebagainya,walaubagaimapun, Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran guru-guru, murid - murid dapat menjalani sesi hari pertama dengan penuh gembira.Cukup terharu bila mendengar guru mengajar syahadah dan lagu bangun 6 pagi kerana murid-murid diajar supaya bangun mengerjakan solat Subuh.

Perkembangan PASTI Nurul Ain, Trolak Utara

Atapnya masih belum sampai

Hasil sumbangan ikhlas ahli PAS dan penderma

100% hasil titik peluh gotong royong

Wak Zubir (penggerak utama PASTI), Sdr Junaidin
(Ketua Pemuda Kawasan) dan Sdr Nasri (Ketua Pemuda Trolak) sedang
berehat setelah penat bergotong royong.

Sdr Azmi (Komander Unit Amal) sedang menyumbang bakti

Kehadiran Ketua Pemuda walaupun kurang sihat memberi semangat
kepada semua yang hadir membantu 
Memandangkan bangunan baru PASTI Nurul Ain masih belum siap sepenuhnya, pihak pengurusan mengambil keputusan mengadakan sesi pendaftaran dan sesi persekolahan awal di bangunan lama PASTI. Kepada pengurus dan cawangan Trolak Utara, semoga Allah permudahkan urusan.