Tuesday, December 27, 2011

Gotong Royong PASTI Al-Falah, Sekiah Makmur

PASTI Al-Falah sebelum gotong royong
Pak Ya dengan mesin rumputnya

Bendahari PASTI Kawasan memang pakar mengecat

Sukarelawan turut membantu

PASTI Al-Falah selepas gotong royong.Alhamdulillah!
Terima kasih kepada semua yang membantu gotong royong PASTI Al-Falah pada 25 Dis 2011 lalu yang telah bermula jam 3.30 petang hingga 6.50 petang.Gotong royong telah disertai oleh Pengerusi PASTI Kawasan, AJK PASTI Kawasan, guru-guru PASTI Al-Falah dan beberapa orang sukarelawan.Jasa kalian akan terus tersemat dalam lipatan sejarah PASTI Al-Falah.

Selamat Pengantin Baru Kepada Sdr Azhar

Selamat Pengantin Baru kepada Sdr Azhar, salah seorang penggerak PASTI Kawasan Tg.Malim yang telah mengadakan kenduri perkahwinannya pada 25 Dis 2011 di Dewan SMKA Slim River.3Semoga Allah murahkan rezeki dan kekal bahagia selamanya.

Bengkel Pengurusan PASTI Kawasan Tg.Malim

Demi meningkatkan kualiti pengurusan PASTI , PASTI Kawasan Tg.Malim telah mengadakan Bengkel Pengurusan PASTI Kawasan pada 25 Dis 2012 bertempat di Pejabat PAS Kawasan. Pengerusi PASTI Kawasan membentangkan manual pengurusan PASTI dan membincangkan hala tuju PASTI Kawasan untuk tahun 2012.InsyaAllah, semangat dan azam baru untuk perjuangan tarbiyah Islam di PASTI. Allahu Akbar!!

Gotong Royong PASTI Nurul Ain, Trolak Utara

Wak Zubir tetap datang membantu walaupun kelihatan uzur

Pengerusi PASTI Kawasan sedang belajar menjadi tukang rumah

Pengerusi PASTI Nurul Ain gigih berusaha.Syabas!
Gotong royong membina bangunan baru PASTI Nurul Ain, Trolak Utara telah diadakan pada 12 Dis 2011 jam 8.30 pagi.Walaupun yang datang membantu tidak seramai mana tapi Alhamdulillah beberapa kerja utama dapat disiapkan. InsyaAllah PASTI akan beroperasi Januari 2012.Sumbangan untuk PASTI Nurul Ain sangat diperlukan. Sahabat-sahabat yang ingin membantu boleh menyumbang terus ke akaun PASTI Kawasan.

Tuesday, December 6, 2011

Penubuhan PASTI baru: PASTI Al-Falah Taman Sekiah Makmur

InsyaAllah,pada 10 Disember 2011 ini,PASTI Kawasan Tanjung Malim akan memulakan operasi sebuah PASTI baru di No.29,Jalan Makmur 8,Taman Sekiah Makmur,sebuah taman perumahan baru berdekatan Proton City.Pendaftaran murid baru telah pun dibuka untuk murid 4,5 dan 6 tahun. Tempahan tempat di PASTI ini boleh dibuat melalui SMS. SMS nama anak dan umur anak ke 012-6059140.Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi:012-6059140 (En. Azahari).

Sunday, December 4, 2011

Ujian Pemilihan Murid PASTI Terbaik Perak

Amiratul Aufa Bt Aminuddin - Top Ten Terbaik Negeri Perak. Tahniah!

NurHumairah Bt Hamdan - baru 4 tahun. InsyaAllah tahun depan cuba lagi!

Kursus Perguruan PASTI Dis 2011

Utzh Shuhaida dan Ummi Nadhirah sedang khusyuk mendengar kuliah

Ceramah oleh Timbalan Pengarah PASTI Perak , Cikgu Jaafar
5 orang guru PASTI telah menghadiri Kursus Asas Perguruan PASTI Siri 1 dan Kursus Sijil Perguruan PASTI Siri 1 pada 1-4 Dis 2011. Guru-guru tersebut ialah Mua'llimah Ummi Nadhirah, Mua'llimah Mua'llimah NorShuhaida , Mua'llimah Anisah (KAPP 1) , Mua'llimah Khuzaimah dan Mua'llimah Suhana (KSPP 1).Tahniah atas komitmen yang baik dalam kursus.

Saturday, December 3, 2011

Blog PASTI Kawasan Terbaik Negeri Perak

Alhamdulillah dan tahniah kepada PASTI Kawasan Tanjung Malim kerana telah menerima Anugerah
Blog PASTI Kawasan Terbaik Negeri Perak 2011 sempena Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Perak yang telah dilangsungkan pada 4 Dis 2011 di Kompleks PAKAT, Kuala Kangsar.

Pengerusi PASTI dan Guru PASTI Kaw. Tg.Malim bersama Anugerah Blog PASTI Kawasan Terbaik 2011
 Adik Amiratul Aufa bt Aminuddin dari PASTI Ehsaniah dan adik NurHumairah bt Hamdan turut menerima sijil Pelajar Terbaik Kawasan Tanjung Malim dari pihak PASTI Negeri. Tahniah diucapkan kepada kedua murid PASTI dan juga ibubapa yang hadir memberi sokongan. Tidak lupa, tahniah jua kepada semua guru yang menghadiri Kursus KAPP dan KSPP dari 1 - 4 Dis 2011.Semoga terus maju jaya!!

Saturday, November 19, 2011

Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Tg.Malim

Anugerah Murid Terbaik 5 Tahun


Anak kepada Almarhumah Utzh Aminah

Anugerah Tokoh Guru PASTI Kawasan


Anugerah Murid Terbaik 6 Tahun


Alhamdulillah, Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Tg.Malim telah berjaya diadakan dengan lancar pada 30 Okt 2011 di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River, Perak. Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli,YDP PAS Kawasan Tg.Malim.Berikut adalah beberapa anugerah yang telah disampaikan semasa Majlis Konvokesyen.


Anugerah Tokoh Guru 2011: Utzh Siti Junaidah Bt Jaafar.

Anugerah Tokoh Jasa Sepanjang Hayat : Almarhumah Utzh Aminah bt Abdullah

Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan 6 Tahun : Amiratul Aufa bt Aminuddin

Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan 5 Tahun : NurHumairah bt Hamdan

Monday, September 12, 2011

PASTI Kaw.Tg Malim Johan Keseluruhan ALAM RIA Negeri Perak


Alhamdulillah, dengan izin Allah PASTI Kawasan Tanjung Malim berjaya merangkul JOHAN KESELURUHAN dalam Program Alam Ria (Ihtifal) PASTI Peringkat Negeri Perak yang dilangsungkan pada 11 September 2011 di Kompleks PAKAT , Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Berikut ialah acara yang telah dimenangi oleh PASTI Kaw. Tg.Malim;
Tempat pertama; Hafazan Lelaki ; Adik Raja M.Zulhudni bin Raja Azim (Pasti An-Nisa')
Tempat kedua ; Bercerita Lelaki ; Adik Arif Ikhwan Zakaria (Pasti Mawaddah)
Khutbah ; Adik Syed Usamah bin Syed Zamzuri (Pasti Mawaddah)
Azan ; Adik Muhd Aniq Faris Zulkifli (Pasti An-Nisa')
Tempat ketiga ; Bercerita Perempuan ; Adik NurNabila bt Malek (Pasti Ansar)

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan juga yang telah mencuba!Tahniah jua kepada guru-guru dan ibubapa yang membimbing dan memberi sokongan kepada anak-anak. Kepada adik Raja M.Zulhudni, semoga terus berani dan tenang untuk acara peringkat Kebangsaan pada 16 dan 17 September ini.

Tuesday, July 26, 2011

Ihtifal Alam Ria PASTI Kawasan Tanjung Malim



SEMUA DIJEMPUT HADIR. Selamat berjaya kepada semua peserta pertandingan.

Sunday, June 19, 2011

Ziarah oleh Pengarah PASTI Malaysia








Ustaz Hj Hassan Aladi , Pengarah PASTI Malaysia dan Setiausaha PASTI Malaysia, Hj Rusli,berkesempatan menziarahi jenazah Almarhumah Utzh Aminah ketika sedang disemadikan.Beliau turut melawat ahli keluarga Almarhumah di rumahnya. Beliau turut menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan PASTI kepada suami Almarhumah.

Ustazah Aminah...satu kehilangan

Pada tanggal 16 Jun 2011, Hari Khamis malam Jumaat, sekitar jam 8.50 mlm, PASTI Kawasan Tanjung Malim telah mendapat berita pemergian Ustazah Aminah binti Abdullah buat selamanya. Allahyarhamah adalah seorang guru yang paling lama berkhidmat di PASTI Kawasan Tanjung Malim iaitu selama 17 tahun. Jasa beliau kepada PASTI kawasan Tg.Malim tidak ternilai harganya khususnya kepada PASTI Felda Gunung Besout 2.Keterlibatan beliau bukan sahaja dalam pendidikan di PASTI malah kepada masyarakat sekeliling. PASTI Kawasan Tanjung Malim mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Saturday, March 26, 2011

Bengkel Pelan Strategik PASTI Malaysia





Pada 27 Mac 2011,Sdr Azahari, pengerusi PASTI Kawasan Tg.Malim mewakili PASTI negeri PERAK ke Bengkel Pelan Strategik PASTI Malaysia yang diadakan di pejabat PASTI Malaysia, Taman Samudera, Gombak. Bengkel merangka pelan visi,misi dan pelan tindakan untuk PASTI Malaysia selama 4 tahun akan datang.

Ziarah PASTI dan Pemuda


Demi merealisasikan azam ukhuwwah fillah di dalam PASTI , pada 24 Mac 2011,PASTI dan Dewan Pemuda telah menziarahi al-Fadhil Ustaz Hashim yang sedang mendapatkan rawatan penyakit kencing manis. AJK PASTI dan semua warga mendoakan semoga al-Fadhil Ustaz cepat sembuh.Amin.

Thursday, March 24, 2011

Kursus Perguruan PASTI Mac 2011




Alhamdulillah, 4 orang guru PASTI dari kawasan Tanjung Malim telah menyertai Kursus Asas Perguruan PASTI Siri 1 yang telah diadakan pada 15-19 MAc 2011 di SRATI, Ipoh. Guru tersebut ialah dari PASTI Barokah, PASTI Ehsaniah Kg Rasau, PASTI Firdaus Tg.Malim dan PASTI Besout 2. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat.Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang kursus akan dimanfaatkan sebaiknya.

Friday, March 4, 2011

Malam Silaturrahim PASTI Barokah

Tahniah kepada PASTI Al-Barokah kerana telah berjaya menganjurkan Malam Silaturrahim bersama ibu bapa pada 14 Februari 2011. Di antara aktiviti yang diadakan pada malam tersebut ialah sesi penerangan skim simpanan Agrobank, persembahan anak-anak PASTI Barokah, tazkirah Maulidur Rasul daripada Utz Azahari (Pengerusi PASTI Kawasan), sesi dialog dan jamuan. Tahniah!!