Tuesday, December 1, 2009

Khidmat Nurseri di PASTI Barokah,Slim River

InsyaAllah,pada tahun 2010, PASTI Al-Barokah Slim River akan menyediakan khidmat nurseri atau penjagaan kanak-kanak selepas waktu kelas biasa. Terbuka juga kepada bukan murid PASTI.Tempat adalah terhad!Kepada ibubapa yang berminat untuk menghantar anak ke PASTI dan nurseri, sila hubungi 013-6415944 atau 013-2369212.

Kursus untuk guru PASTI

PASTI Negeri Perak akan mengadakan Kursus Asas Perguruan Siri 1 dan 2 pada 3-6 Dis 2009 bertempat di SRATI, Ipoh. Semua guru baru akan mengikuti kursus siri 1 manakala guru yang telah mengikuti siri 1 pada tahun lepas akan mengikuti kursus siri 2.Kursus bertujuan memberi pendedahan tentang matlamat pendidikan PASTI dan kaedah P&P yang efektif.

PASTI Perak juga akan mengadakan Kursus Teknik Mengajar Al-Quran cara Al-Baghdadi pada 16 Dis 2009 untuk Zon Tengah.Semua guru PASTI diwajibkan hadir.Bertempat di Markaz PAS Padang Tembak,Teluk Intan.Semoga guru-guru mendapat manfaat untuk kemajuan anak-anak murid PASTI Tanjung Malim.Amin.