Sunday, July 15, 2012

Seronoknya Orang-orang Beriman Menyambut Ramadhan

Bagi orang-orang yang beriman, kedatangan Ramadhan memang dinantikan. Hal ini demikian kerana begitu besarnya pahala yang ditawarkan. Sesuai dengan hadis Nabi Saw, 'Sekiranya ummatku tahu kelebihan Ramadhan, nescaya semua bulan diminta jadikan bulan Ramadhan. Itulah bunyi peringatan yang disampaikan oleh Ustaz Anuar sempena ceramahnya yang bertajuk di ambang Ramadhan yang dibuat di perkarangan Pasti Ehsaniah.


Turut memberi ucapan, Tn Hj Aminuddin Zulkipli selaku YDP Pas kawasan Tg Malim. Turut kelihatan, Pengarah Pasti Perak, pengurus-pengurus unit Pasti, guru-guru para ahli dan penyokong.

Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam. Terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini.

 YDP Tn Hj Aminuddin Zulkipli turut bergotong-royong persiapan ceramah

Ust Anuar mengimami Solat Isyak sebelum berlangsungnya ceramah 

Ust Anuar sedang berceramah