Monday, December 6, 2010

Pemilihan Murid Terbaik Negeri Perak

Alhamdulillah, PASTI Kawasan Tg.Malim telah menghantar 2 orang wakil ke Ujian Tapisan Murid Terbaik PASTI Negeri Perak pada 5 Dis 2010 di SRATI,Ipoh.Wakil tersebut ialah adik Raja Zulhusni (5 tahun)dari PASTI P.City dan adik Nur Amni Makhtar (6 tahun) dari PASTI Mawaddah.
Adik Nur Amni berjaya mendapat ke-9 daripada 22 peserta manakala adik Raja Zulhusni mendapat ke 11 daripada 20 peserta.Tahniah! dan jangan putus asa.

Wednesday, November 17, 2010

Tahniah!! Dan Selamat Bercuti...

Tahniah kepada semua yang menerima hadiah pada hari Konvokesyen.Yang tak berjaya,cuba lagi.Tahniah juga kepada adik Nur Amni Makhtar dari PASTI Mawaddah dan adik Raja Husni dari PASTI An-Nisa' P.City kerana berjaya menerima anugerah Pelajar Terbaik PASTI 6 tahun dan 5 tahun. Jangan lupa, 5 Dis ni peperiksaan tapisan pelajar terbaik peringkat negeri di SRATI, Ipoh jam 9.30 pagi. Kepada semua ibubapa, PASTI amat mengharapkan "feedback"/pandangan/nasihat/semangat dari kalian untuk memajukan lagi PASTI kita.Tolong emelkan ke ibniabuzar@yahoo.com

Thursday, November 11, 2010

Hari Konvokesyen PASTI 2010

Pasti Kaw.Tg Malim akan mengadakan Hari Konvokesyen PASTI Kaw.Tg.Malim 2010 pada 13 Nov 2010 (Sabtu). Majlis rasmi akan bermula jam 9.30 pagi.Walaubagaimanapun, ujian tapisan untuk pemilihan murid terbaik akan bermula jam 8.30 pagi.Di harap murid - murid yang terlibat dapat datang awal. Semua program akan dijalankan di KAFA Behrang 2020. Tahniah kepada yang berjaya.Antara agenda utama ialah penyampaian sijil kepada murid 6 tahun dan penyampaian hadiah kepada murid 5 dan 6 tahun yg telah berjaya mendapat tempat 1 - 3 dalam peperiksaan akhir tahun.Semua ibubapa dijemput hadir.