Thursday, June 13, 2013

Takziah Di atas Pemergian Insan Tersayang

Pasti kawasan Tanjung Malim merakamkan ucapan takziah kepada Pn Nur Ain bt Abu Bakar di atas kematian suami tercinta kira-kira jam 2.00 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ipoh.

Allahyarham Hazani Izrul terlibat dalam kemalangan pagi semalam ketika menunggang motosikal untuk ke tempat kerja beliau di Proton City. Arwah dilanggar dengan sebuah kereta, menyebabkan luka yang parah di kepala dan kaki. Akibatnya, arwah tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Slim River. Seterusnya, keadaan kritikal arwah, menyebabkajn doktor memindahkan ke Hospital Ipoh.

Pengarah Pasti Perak, Us Azhari bersama pengerusi Pasti kawasan dan SUK Pasti Perak sempat menziarahi arwah ketika berada di Hospital Ipoh petang semalam.

Terdahulu, pada minggu lepas, kematian juga telah berlaku melibatkan ayah kepada seorang guru Pasti Al Falah, iaitu Pn Idayu yang terlibat dalam kemalangan.

Doa dan harapan semoga ruh mereka ditempatkan bersama golongan yang beriman.