Tuesday, January 3, 2012

Hari pertama di PASTI Al-Falah.Meriah dan penuh berkat.

Nampak dah mula gembira

Bangun 6 pagi...Mandi , Solat Subuh.....

Allah itu Satu.

Utzh Su melayan karenah anak-anak murid

Kita baca doa dulu

Memang berselera betul anak-anak murid ni.Sampai 3 kali tambah!Mantap!
Menyaksikan hari pertama di PASTI Al-Falah, Taman Sekiah Makmur, memang cukup menyentuh hati. Pelbagai ragam anak-anak yang masih baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ada yang menangis, menjerit,nak balik dan sebagainya,walaubagaimapun, Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran guru-guru, murid - murid dapat menjalani sesi hari pertama dengan penuh gembira.Cukup terharu bila mendengar guru mengajar syahadah dan lagu bangun 6 pagi kerana murid-murid diajar supaya bangun mengerjakan solat Subuh.

Perkembangan PASTI Nurul Ain, Trolak Utara

Atapnya masih belum sampai

Hasil sumbangan ikhlas ahli PAS dan penderma

100% hasil titik peluh gotong royong

Wak Zubir (penggerak utama PASTI), Sdr Junaidin
(Ketua Pemuda Kawasan) dan Sdr Nasri (Ketua Pemuda Trolak) sedang
berehat setelah penat bergotong royong.

Sdr Azmi (Komander Unit Amal) sedang menyumbang bakti

Kehadiran Ketua Pemuda walaupun kurang sihat memberi semangat
kepada semua yang hadir membantu 
Memandangkan bangunan baru PASTI Nurul Ain masih belum siap sepenuhnya, pihak pengurusan mengambil keputusan mengadakan sesi pendaftaran dan sesi persekolahan awal di bangunan lama PASTI. Kepada pengurus dan cawangan Trolak Utara, semoga Allah permudahkan urusan.